KIAN Meng (kanan) puas selepas dia dan Pei Jing muncul juara Terbuka Korea sebentar tadi. FOTO Ihsan Persekutuan Badminton Dunia
KIAN Meng (kanan) puas selepas dia dan Pei Jing muncul juara Terbuka Korea sebentar tadi. FOTO Ihsan Persekutuan Badminton Dunia
Ferzalfie Fauzi


Kuala Lumpur: Beregu campuran profesional negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing menamatkan penantian gelaran sejak 2017 apabila menjuarai Terbuka Korea selepas menang aksi final di Stadium Tertutup Palma, Suncheon sebentar tadi.

Walaupun berdepan wakil tuan rumah, ia bukan penghalang kepada pilihan kedua kejohanan itu, menewaskan Ko Sung Hyun-Eom Hye Won 21-15, 21-18 dalam tempoh 49 minit.

Kejayaan itu melebarkan lagi rekod Kian Meng-Pei Jing dengan pasangan 17 dunia itu kepada 3-0.

Kali terakhir Kian Meng-Pei Jing meraih gelaran adalah di pentas final Masters Malaysia 2017, menewaskan rakan senegara Goh Soon Huat-Shevon Lai 21-17, 21-9.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 April 2022 @ 11:39 AM