Kuala Lumpur: Dua pasangan beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai dan Tan Kian Meng-Lai Pei Jing berjaya mara ke suku akhir Terbuka Switzerland.
Dalam aksi pusingan kedua itu, Soon Huat-Shevon yang juga pilihan keenam tidak berdepan masalah untuk menumpaskan wakil Scotland, Adam Hall-Julie Macpherson 22-20, 21-18.
Pilihan keempat kejohanan, Kian Meng-Pei Jing berjaya menunjukkan jalan keluar kepada pasangan Denmark, Mathias Thyrri-Amalie Megalund selepas menang straight set 21-17, 21-17.
Soon Huat- Shevon akan berdepan pasangan Perancis, William Villager-Anne Tran, manakala Kian Meng-Pei Jing bakal melakulan perhitungan dengan pilihan ketujuh dari Denmark, Mathias Christiansen-Alexendra Boje di suku akhir.