PENG Soon (kanan) tidak sihat. FOTO Badminton Photo
PENG Soon (kanan) tidak sihat. FOTO Badminton Photo
Aida Adilah Mat


Kuala Lumpur: Selepas pemain perseorangan lelaki negara Ng Tze Yong menarik diri daripada meneruskan perjuangan di Kejohanan Badminton Antarabangsa Syed Modi di Lucknow, India, pasangan beregu campuran negara Chan Peng Soon-Valeree Siow turut mengambil pendekatan yang sama.

Menurut laman twitter Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Peng Soon yang diletakkan sebagai pilihan kelima terpaksa menarik diri daripada meneruskan perjuangan di kejohanan itu kerana tidak sihat.

Ia sekali gus memberi kemenangan percuma kepada beregu lawan dari India, Balkeshari Yadav-Swetaparna Panda.

Cabaran skuad negara di kejohanan itu diteruskan oleh beregu profesional wanita Vivian Hoo-Lim Chiew Sien, beregu campuran Chen Tang Jie-Peck Yen Wei, perseorangan lelaki Cheam June Wei.

Turut mara beregu lelaki, Man Wei Chong-Tee Kai Wun yang menang ke atas Himanshu Mittal-Shubham Sharma, 21-7, 21-9 dan beregu wanita, Ann Ching-Teoh Mei Xing yang menewaskan Kanika Kanwal-Anura Prabhudesai 21-13, 21-18.

Vivian-Chiew Sien mara ke suku akhir selepas melakar kemenangan menewaskan pemain tuan rumah, Sri Sai Sravya Lakkamraju-Swetaparna Panda, 21-12, 21-11.

Manakala Tang Jie-Yen Wei yang diletakkan sebagai pilihan kedua menang mudah ke atas Dhruv Rawat-Shikha Gautam, 21-14, 21-11 dan June Wei menewaskan Kaushal Dharmamer, 21-16 21-13.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 January 2022 @ 10:01 PM