WONG Choong Hann. FOTO Owee Ah Chun
WONG Choong Hann. FOTO Owee Ah Chun
Syazwan Msar


Kuala Lumpur: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) akan mempertaruhkan pemain muda dalam menghadapi Piala Uber yang akan berlangsung di Aarhus, Denmark pada 9 hingga 17 Oktober ini.

Enggan melihat pasukan badminton wanita negara menjadi mangsa belasahan, Pengarah Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Wong Choong Hann berkata, pihaknya mempunyai ramuan dalam memastikan dapat melangkah ke pusingan suku akhir.

Diundi bersama China, Denmark dan Kanada dalam Kumpulan D, skuad negara perlu mencatatkan sekurangnya dua kemenangan untuk mencerahkan peluang kelak.

"Untuk saingan Piala Uber, kita diundi dalam kumpulan yang agak hebat namun perlu sedaya upaya mengatasi Denmark dan juga Kanada untuk melangkah ke suku akhir.

"Kita akan menurunkan pemanin muda dan menilai keupayaan keseluruhan pasukan itu supaya mereka lebih bersedia," katanya.

Jepun yang akan tampil sebagai juara bertahan berada dalam Kumpulan A bersama Indonesia, Jerman dan Perancis manakala Kumpulan B akan menjadi persaingan antara Thailand, India, Sepanyol dan Scotland.

Korea Selatan, Taiwan, Tahiti dan Mesir pula diundi dalam Kumpulan C.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 Ogos 2021 @ 5:01 PM