Gandingan Pearly Tan-M Thinaah mara ke final Terbuka Switzerland.
Gandingan Pearly Tan-M Thinaah mara ke final Terbuka Switzerland.
Saiful Affendy Sapran


Kuala Lumpur: Beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah muncul satu-satunya wakil negara yang berjaya mara ke pentas final Terbuka Switzerland esok.

Pada aksi separuh akhir hari ini, mereka menewaskan rakan senegara, Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean 10-21, 21-14, 21-16 sekali gus bakal membuat perhitungan dengan pasangan Bulgaria, Gabriela Stoeva-Stefani Stoeva, esok.

Tiga lagi wakil negara di separuh akhir mempamer aksi mengecewakan sekali gus gagal mara ke pentas final.

Beregu campuran profesional negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing yang turun beraksi lebih awal tewas kepada pasangan nombor 11 dunia dari Perancis, Thom Gicquel-Delphine Delrue 19-21, 10-21.

Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia pula tewas 18-21, 10-21 kepada wakil Thailand, Kunlavut Vitidsarn yang menduduki ranking ke-25 dunia.

Beregu utama lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang diletakkan selaku pilihan pertama pula tewas kepada wakil Jerman, 13-21, 21-13, 16-21.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 Mac 2021 @ 10:38 PM