Dustin Johnson terlepas aksi Piala CJ. FOTO File APF
Dustin Johnson terlepas aksi Piala CJ. FOTO File APF
AFP

Los Angeles: Dustin Johnson diuji positif Covid-19 umum penganjur Jelajah PGA hari ini yang memaksa pemain golf nombor satu dunia itu menarik diri daripada Piala CJ di Las Vegas.

Johnson menjalani ujian selepas mengalami simptom Covid-19 menjelang pusingan pembukaan di Shadow Creek, hari ini.

Pemain berusia 36 tahun, yang kali terakhir beraksi di Terbuka Amerika Syarikat (AS) bulan lalu, kini menjalani pengasingan diri.

"Sememangnya saya sangat kecewa," kata Johnson.

"Saya tidak sabar untuk bertanding minggu ini tetapi akan melakukan apa sahaja yang perlu untuk segera kembali secepat mungkin.

"Saya sudahpun beberapa kali menerima panggilan daripada pasukan perubatan jelajah dan sangat menghargai semua sokongan serta galakan yang mereka berikan kepada saya."

Penarikan diri Johnson hadir selepas musim luar biasa yang menyaksikan dia memenangi Piala FedEx buat pertama kali begitu juga Jelajah Pemain PGA dengan tahun yang cemerlang.

Johnson adalah pemain golf berprofil tinggi yang diuji positif Covid-19 sejak musim 2019-2020 disambung semula pada Jun selepas tiga bulan tertangguh kerana pandemik.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 Oktober 2020 @ 9:33 AM