LIONEL Messi (kanan) cuba melepasi Jules Kounde dalam perlawanan yang menyaksikan kedua-dua pasukan terikat 1-1. FOTO AFP
LIONEL Messi (kanan) cuba melepasi Jules Kounde dalam perlawanan yang menyaksikan kedua-dua pasukan terikat 1-1. FOTO AFP
AFP

Madrid: Barcelona melepaskan peluang dengan gagal mengutip mata penuh buat kali pertama musim ini selepas seri 1-1 di ketika berdepan Sevilla yang menampilkan persembahan baik bagi mengejar gelaran La Liga.

Luuk de Jong memberikan Sevilla gol awal manakala Philippe Coutinho menyamakan kedudukan dua minit kemudian namun pelawat jelas lebih menyerlah dalam saingan itu.

Keputusan seri menamatkan permulaan sempurna Ronald Koeman dan jurulatih Barca itu tidak gembira dengan hanya satu mata walaupun pasukannya juga berpeluang untuk menang.

"Kami kurang bertenaga berbanding dua perlawanan awal tetapi ia juga bergantung kepada lawan. Mereka bertahan dengan baik," kata Koeman.

Sementara itu, Real Madrid kini tiga mata di depan Barcelona tapi bermain lebih satu perlawanan selepas mencatat kemenangan 2-0 ke atas Levante dalam saingan yang berlangsung lebih awal dan membawa mereka ke puncak liga.

Gol jaringan Vinicius Junior dan Karim Benzema mengesahkan kemenangan buat juara bertahan itu yang kini menang semua tiga perlawanan mereka.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 Oktober 2020 @ 11:13 AM