Gnabry (dua dari kanan) meraikan gol keempat Bayern bersama rakan pasukan. FOTO AFP
Gnabry (dua dari kanan) meraikan gol keempat Bayern bersama rakan pasukan. FOTO AFP
AFP

Munich: Leroy Sane berkata Bayern Munich dahagakan lebih banyak kejuaraan selepas pemain sayap Jerman itu menjaringkan gol pada penampilan pertamanya ketika mereka membelasah Schalke 8-0 pada perlawanan pembukaan Bundesliga.

"Kami masih lapar, biarpun kami menang treble musim lalu," kata Sane selepas membantu Serge Gnabry meledakkan dua gol dan meraikan hatrik di Allianz Arena.

"Menang perlawanan pertama 8-0 di laman sendiri sangat hebat.

"Ia adalah satu yang amat baik apabila dapat bermain bersama pemain yang lain," kata Sane yang sering diketepikan oleh Manchester City musim lalu kerana kecederaan lutut yang dialami sejak awal musim.

"Ia adalah satu hari yang cukup hebat dengan banyak gol."

Hanya selepas 26 hari memenangi Liga Juara-Juara, Bayern meneruskan rentak kemenangan ke-22 berturut-turut.

"Ia satu yang menakjubkan apabila pasukan dapat mengekalkan rentak musim lalu," kata ahli jawatankuasa Bayern dan bekas kapten pasukan Oliver Kahn.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 September 2020 @ 9:18 AM