Aksi Sane ketika bersama Manchester City. FOTO AGENSI
Aksi Sane ketika bersama Manchester City. FOTO AGENSI

SAINGAN Bundesliga 2020/21 akan bermula Jumaat ini dengan penyandang juara Bayern Munich akan memulakan kempen untuk bergelar juara liga buat kali kesembilan berturut-turut akan berdepan Schalke.

Bayern Munich membayar Manchester City 45 juta euro (RM219.4 juta ) untuk membawa Sane kembali ke Bundesliga dan pemain sayap Jerman itu berharap penampilan pertamanya bertemu Schalke 04 Jumaat ini adalah permulaan kariernya.

Wujud banyak tekanan terhadap pemain berusia 24 tahun itu untuk mempamerkan kualiti yang diinginkan Bayern yang menyedari potensinya.

Sane ada kalanya mempunyai tabiat keluar daripada posisinya dan jurulatih Bayern, Hansi Flick kini mencabarnya untuk mempertahankan tugas yang diberikan kepadanya.

"Saya mempunyai impian yang besar bersama FC Bayern dan saya mahu membuktikan kepada orang bahawa mereka boleh bergantung pada saya," kata Sane.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 September 2020 @ 1:01 PM