AUBAMEYANG bakal muncul pemain menerima gaji paling tinggi di Arsenal. FOTO AFP
AUBAMEYANG bakal muncul pemain menerima gaji paling tinggi di Arsenal. FOTO AFP
Agensi

KONTRAK baharu Pierre-Emerick Aubameyang bakal menyaksikannya muncul pemain menerima gaji paling tinggi di Arsenal.

Sebelum ini dilaporkan perjanjian terbaharu itu menyaksikan Aubameyang bakal meraih gaji £250,000 (RM1.33 juta) seminggu tetapi difahamkan juga pemain berusia 31 tahun itu akan mengatasi gaji Mesut Ozil.

Ozil yang juga perancang Jerman, menerima gaji £350,000 (RM1.86 juta) seminggu tetapi media melaporkan Aubameyang bakal menerima gaji lebih daripada itu namun tidak dinyatakan dengan jelas jumlah sebenarnya.

Pengurus Arsenal, Mikel Arteta dikatakan menjadi individu penting dalam proses rundingan antara pemain itu serta kelab.

Satu kenyataan rasmi mengenai Aubameyang kekal bersama Gunners akan diumumkan dalam tempoh terdekat.

Ozil kini akan muncul pemain kedua menerima gaji paling tinggi di Arsenal selepas menyambung kontrak pada Januari 2018.

Ia diikuti bintang baharu, Willian yang akan meraih gaji £220,000 (RM1.17 juta) seminggu selepas berhijrah secara percuma dari Chelsea.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 September 2020 @ 8:30 AM