James Rodriguez. FOTO Agensi
James Rodriguez. FOTO Agensi
Agensi

PERANCANG tengah Real Madrid, James Rodriguez akan menjalani pemeriksaan kesihatan di Everton hari ini sebelum dijangka bersetuju dengan kontrak perjanjian bernilai lebih £20 juta (RM110.2 juta)

Bintang Colombia berusia 29 tahun itu beraksi di bawah kendalian bos Everton, Carlo Ancelotti ketika bermain bersama juara Sepanyol, Real dan Bayern Munich.

Rodriguez yang dipinggirkan Zinedine Zidane di Bernabeu, dibenarkan terkecuali dari latihan pra musim Real untuk menyelesaikan urusan berkaitan masa depan kariernya.

Dia menjadi pemain pertama dalam skuad utama yang ditandatangani Ancelotti sejak dilantik sebagai pengendali pada Disember lalu.

Ketika kontrak Rodriguez berada di penghujung di Real Madrid selain minat pemain itu sendiri mengenai cadangan berkerja sama sekali lagi dengan pengendali Itali itu.

Rodriguez memenangi Kasut Emas pada Piala Dunia 2014 selepas menjaringkan enam gol dalam lima perlawanan.

Dia kemudian menyertai Real dari Monaco dengan perjanjian lebih £71 juta (RM391.4 juta).

Dilaporkan, Rodriguez akan mengikat kontrak selama tiga tahun yang masih dalam perbincangan ketika Everton berusaha memperkuatkan pasukan yang menamatkan saingan liga perdana di tempat ke-12 musim lalu.

Skuad Toffess itu juga dijangka bersetuju dengan perjanjian kontrak bernilai £25 juta (RM137.8 juta) membabitkan pemain tengah Perancis dan Watford, Abdoulaye Doucoure serta pemain tengah Brazil dan Napoli, Allan, 29, yang belum didedahkan mengenai kontraknya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 September 2020 @ 11:22 AM