Pierre-Emile Hojbjerg (dua kanan) beraksi buat pertama kali dalam perlawanan di Spurs. FOTO Agensi
Pierre-Emile Hojbjerg (dua kanan) beraksi buat pertama kali dalam perlawanan di Spurs. FOTO Agensi
Agensi

PIERRE-Emile Hojbjerg mencuri perhatian pada aksi pertama bersama Spurs di White Hart Lane.

Sekalipun berdepan lawan Ipswich dari Liga Kejuaraan Inggeris dalam aksi persahabatan, pemain yang dibeli sekitar £15 juta (RM82 juta) dari Southampton dilihat pemain yang diperlukan bagi mengukuhkan barisan tengah Spurs.

Bekas penjaga gol England, Joe Hart turut diturunkan pada separuh masa kedua dalam perlawanan pertamanya sejak tiba dengan perpindahan percuma sekali pun jarang diuji pada perlawanan itu.

Skuad kendalian Jose Mourinho memenangi perlawanan menerusi gol awal Ryan Sessegno dan dua jaringan Son Heung-min.

Tapi sepanjang 63 minit beraksi di atas padang, Hojbjerg antara pemain yang menyerlah.

Dia selesa mengawal bola dan melakukan beberapa hantaran menarik termasuk satu yang membawa pasukan itu mendahului dengan gol kedua.

Hojbjerg, kembali ke Southampton untuk perlawanan kedua pada musim ini berkata : "Sangat hebat untuk berada di Stadium Spurs. Sudah pasti saya berada di tempat yang betul dan perlawanan itu agak baik."

Tottenham menyenaraikan barisan terkuatnya tetapi tanpa Harry Kane yang menempuhi pengasingan selepas pulang bercuti dari Bahamas.

Spurs dijangka berdepan Reading di gelanggang sendiri pada Jumaat ini untuk aksi persahabatan diikuti berdepan Birmingham sehari kemudian.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 Ogos 2020 @ 11:49 AM