DAVIES dikhabarkan mengalami kecederaan pangkal paha. FOTO Agensi
DAVIES dikhabarkan mengalami kecederaan pangkal paha. FOTO Agensi
AFP

PENYERANG muda Bayern Munich, Alphonso Davies terlepas sesi latihan di Portugal menjelang perlawanan suku akhir menentang Barcelona awal pagi Sabtu berikutan mengalami kecederaan pangkal paha.

Ketua jurulatih Bayern, Hansi Flick mengesahkan pemain berusia 19 tahun itu tidak terbabit dalam sesi latihan kerana masih lagi dalam situasi berhati-hati menjelang aksi suku akhir di Lisbon.

Pemain remaja Kanada itu berjaya memberikan aksi menakjubkan musim ini di bahagian pertahanan kiri dan mereka juga terlepas untuk menurunkan pertahanan kanan disebabkan kecederaan yang dialami Benjamin Pavard.

Ketiadaan Davies untuk aksi awal pagi Sabtu ini memang tidak dijangka.

Bagaimanapun, Bayern masih mempunyai pilihan dengan menurunkan pemain yang memegang rekod pembelian termahal kelab, Lucas Hernandez yang berpindah €80 juta (RM395 juta) dari Atletico Madrid.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 Ogos 2020 @ 8:16 AM