HAFIZH berjaya meraih petak keempat dalam sesi ujian masa di Brno. FOTO Ihsan Facebook Aspar Team
HAFIZH berjaya meraih petak keempat dalam sesi ujian masa di Brno. FOTO Ihsan Facebook Aspar Team
Agensi

PELUMBA Moto2 negara, Hafizh Syahrin akan memulakan saingan Grand Prix (GP) Republik Czech di petak keempat esok selepas mencatat masa 2 minit 02.145 saat dalam sesi ujian masa di Brno sebentar tadi.

Hafizh yang mewakili Openbank Aspar Team hanya ketinggalan 0.453s di belakang pemenang petak utama, Joe Roberts (Tennor American Racing).

Bermula dari barisan kedua bakal memberi peluang buat bekas pelumba MotoGP itu untuk bersaing merebut kedudukan podium esok selepas tiga aksi sebelum ini dia meraih tempat ke-19 (GP Qatar), ke-10 (GP Sepanyol) dan gagal menamatkan perlumbaan di GP Andalusia.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 Ogos 2020 @ 10:39 PM