RONALDO memperoleh gaji tertinggi di Juventus. FOTO AFP
RONALDO memperoleh gaji tertinggi di Juventus. FOTO AFP
Agensi

GAJI penyerang sensasi, Cristiano Ronaldo dikatakan jauh lebih tinggi berbanding barisan pemain Juventus yang lain.

Ketika pandemik Covid-19 menjejaskan semua perkara termasuk bola sepak, faktor kewangan kelab menjadi perkara utama yang dilihat ketika ini.

Meskipun mendominasi Serie A, namun Juventus masih gagal memenangi trofi Liga Juara-Juara sejak 24 tahun lalu.

Dalam usaha mereka untuk meraih gelaran itu, Juventus berbelanja besar mendapatkan Ronaldo dengan nilai perpindahan £105 juta (RM585.3 juta) dan gaji £540,000 (RM3.01 juta) seminggu.

Menurut La Gazzetta dello Sport, ia mencetuskan rasa kurang senang di bilik persalinan.

Pemain kedua yang meraih gaji tertinggi adalah Matthijs de Ligt sebanyak £138,000 (RM769,000), iaitu empat kali lebih rendah berbanding Ronaldo.

Gaji Ronaldo mungkin akan meningkat lagi sekiranya berjaya membantu Juventus memenangi Liga Juara-Juara musim ini.

Ketika ini Juventus ketinggalan 0-1 secara agregat kepada Lyon pada pusingan kedua Liga Juara-Juara.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 31 Julai 2020 @ 9:03 PM