Keadaan Stadium Etihad. FOTO Agensi
Keadaan Stadium Etihad. FOTO Agensi
AFP

MANCHESTER City jelas "secara terang mengabaikan" siasatan UEFA terhadap dakwaan melanggar Peraturan Kewangan Bersih (FFP) menurut Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).

Bagaimanapun badan induk bola sepak Eropah itu gagal membuktikan City menggunakan dana daripada pemilik kelab sebagai pendapatan penajaan mereka.

Awal bulan ini, CAS menukar keputusan penggantungan dua tahun dalam kejohanan peringkat Eropah dikenakan terhadap City oleh UEFA dan mengurangkan denda 30 juta Euro (RM149.5 juta) kepada 10 juta Euro (RM49.8 juta).

Keputusan penuh penghakiman CAS dikeluarkan awal pagi ini menggambarkan denda itu kerana "melanggar peraturan" selepas City didakwa enggan bekerjasama dengan siasatan UEFA.

Tetapi dakwaan menggunakan dana itu adalah dakwaan lebih teruk dan "berdasarkan bukti, panel tidak dapat merumuskan bahawa dana berkenaan diberikan kepada City."

Nasib City di atas padang mula bertukar sejak pengambilalihan Shiekh Mansour, seorang daripada keluarga Diraja Abu Dhabi pada 2008.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 Julai 2020 @ 8:03 AM