GAMBAR hiasan. FOTO Mohd Fadli Hamzah
GAMBAR hiasan. FOTO Mohd Fadli Hamzah
Aida Adilah Mat


ATAS dasar keprihatinan, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memaklumkan bahawa Inisiatif Prihatin Sukan 2020 dilanjutkan sehingga 15 Ogos bagi memberi lebih ruang buat penggiat sukan negara memohon skim berkenaan.

Ketika ini sebanyak 248 permohonan sudah diterima oleh KBS di kalangan persatuan sukan tanah air yang berdaftar di bawah Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PJS) sejak dilancarkan pada 17 Jun lalu.

Ia merangkumi permohonan di bawah IPS20A – Bantuan Pengurusan Persatuan Sukan Kebangsaan, IPS20B – Bantuan Menjalankan Program & Aktiviti dan IPS20C - Bantuan Program Pendigitalan, pengkomersialan dan R&D.

KBS berharap lanjutan tarikh tutup permohonan itu akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh persatuan sukan seterusnya memberikan suntikan baharu pembangunan sukan pasca Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) menerusi inisiatif pengupayaan melalui bantuan dana pengurusan, pelaksanaan program dan aktiviti, pendigitalan, pengkomersialan dan R&D sukan.

Inisiatif Prihatin Sukan 2020 adalah langkah proaktif bagi membantu penggiat sukan negara dengan peruntukan sebanyak RM10 juta.

Pemohon adalah dinasihatkan untuk mematuhi syarat yang ditetapkan terutamanya berkaitan keperluan untuk melengkapkan Maklumat Yang Kena Beri (MYKB) kepada PJS mengikut garis masa yang ditetapkan.

Selain itu, setiap permohonan adalah tertakluk kepada pertimbangan Jawatankuasa Khas dan Prosedur Operasi Standard (SOP) Sektor Sukan dan Rekreasi yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Bagi mendapatkan maklumat lanjut termasuklah tatacara permohonan dan soalan lazim, sila layari pautan laman web rasmi KBS: http://www.kbs.gov.my/inisiatif-prihatinsukan2020.html.

Untuk sebarang pertanyaan, pegawai-pegawai berikut boleh dihubungi: Encik Fadzil Hadri Mohd Nawawi | 03-88713246 | [email protected]

Encik Ahmad Faizal Zainuddin | 03-88713166 | [email protected] Puan Yusniza Mohamad Yusof | 03-88713268 | [email protected]

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 Julai 2020 @ 9:48 PM