ARTETA mampu julang kembali imej Arsenal. FOTO Agensi
ARTETA mampu julang kembali imej Arsenal. FOTO Agensi
Agensi

ARSENAL pasukan yang seronok disaksikan dan mampu menjadi pencabar gelaran Liga Perdana sekali lagi di bawah kendalian Mikel Arteta, menurut pengurus Liverpool, Jurgen Klopp.

Juara Liga Perdana itu akan berkunjung ke Stadium Emirates awal pagi Khamis ini dengan berdepan Arsenal yang tewas 1-2 kepada Tottenham, Ahad lalu.

Gunners kini di tangga kesembilan dan dijangka menamatkan kedudukan di luar kelompok empat teratas untuk musim keempat berturut-turut.

Tetapi Klopp sedar petanda positif daripada Arsenal sejak Arteta menggantikan Unai Emery pada Disember lalu bagi mengubah nasib mereka.

"Tampak Arsenal akan kembali menjadi pencabar kuat," kata Klopp. "Malangnya, mungkin ya mereka akan mencabar kami."

"Mikel sebahagian daripada generasi pengurus baharu yang kreatif. Sangat seronok menyaksikannya.

"Anda boleh nampak ideanya, dipengaruhi oleh Pep [Guardiola]. Mikel mempunyai idea sama ketika menjadi pemain. Arsenal kini skuad yang gembira disaksikan."

Skuad Klopp dilaporkan tiada mengalami kecederaan baru untuk aksi menentang Arsenal, jadi beliau mempunyai skuad sama yang seri 1-1 dengan Burnley di Anfield, Sabtu lalu.

James Milner dijangka tidak akan beraksi sehingga perlawanan menentang Chelsea pada 22 Julai.

"Kami perlu pastikan kami membawa pemain terbaik setiap tiga hari di atas padang. Kami mempunyai jadual sangat sukar untuk ditamatkan musim ini."

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 Julai 2020 @ 11:58 PM