SAFIN penah menduduki ranking pertama dunia. FOTO Agensi
SAFIN penah menduduki ranking pertama dunia. FOTO Agensi
Agensi

BEKAS pemain tenis nombor satu dunia, Marat Safin mendedahkan dia sudah merosakkan 1,055 raket sepanjang kariernya.

Jelas Safin, perkara itu dimaklumkan kepadanya oleh jenama Head yang juga penajanya sepanjang karier sebagai pemain.

"Sepanjang karier, saya hanya menggunakan jenama Head. Mereka sebelum ini tidak pernah memberitahu saya. Sebenarnya saya sudah merosakkan raket sejak zaman kanak-kanak.

"Saya bersama jenama Head sejak 1998 dan mereka cukup bersabar dengan saya.

"Secara purata saya merosakkan 80 raket setahun atau mungkin lebih. Mereka (Head) akhirnya beritahu jumlah raket yang saya sudah rosakkan.

"Saya sangat terkejut kerana saya sendiri tidak tahu berapa banyak raket yang sudah saya rosakkan," katanya.

Safin menduduki ranking pertama dunia pada November 2000 dan dia memenangi Grand Slam pertama juga pada tahun sama iaitu di Terbuka Amerika Syarikat (AS) dengan menewaskan Pete Sampras.

Dia kemudian memenangi Terbuka Australia pada 2005 dengan menewaskan wira tuan rumah, Lleyton Hewitt pada aksi final.

Safin juga membantu Rusia memenangi Piala Davis pada 2002 dan 2006.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Julai 2020 @ 10:38 PM