LALLANA hanya menandatangani kontrak jangka pendek sehingga tamat musim ini. FOTO AFP
LALLANA hanya menandatangani kontrak jangka pendek sehingga tamat musim ini. FOTO AFP
Agensi

WALAUPUN Adam Lallana sudah menandatangani kontrak jangka pendek, Liverpool dilihat tidak akan menurunkan pemain tengah itu untuk baki perlawanan akan datang kerana gusar berdepan risiko kecederaan.

Pemain berusia 32 tahun itu sudah menandatangani kontrak jangka pendek namun dia dijangka meninggalkan Anfield selepas berakhir aksi musim ini.

Ketika Lallana boleh diturunkan pada bila-bila masa, pengurus, Jurgen Klopp mahu menghormati pemain berkenaan untuk tidak mahu mendatangkan risiko berpindah ke kelab lain.

"Ia jelas Adam akan meninggalkan kelab hujung musim ini. Bagaimanapun, sekarang kita berdepan situasi sukar namun saya akan menghormati Adam dan apa yang sudah dilakukannya.

"Dia sangat cergas, dia masih berlatih, semuanya dalam keadaan baik. Bagaimanapun, masa depannya harus dijaga. Jika kita mahu menggunakan khidmatnya sekali pun, kita boleh turunkan dia.

"Dia berlatih 100 peratus namun ketika kita tidak memerlukannya lagi, dia tetap berlatih seperti biasa. Ia adalah perkara normal.

"Saya rasa banyak perbincangan mengenai pemain yang sudah tamat kontrak, namun tidak ada perbincangan mengenainya.

"Ia sudah jelas Adam mahu menyambung kontrak dan dia mahu melakukannya tapi dia tidak mahu meletakkan sebarang risiko mengenai masa depan atau apa saja. Saya harap semuanya jelas," kata Klopp.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Julai 2020 @ 1:48 PM