AUBAMEYANG meraikan jaringannya. FOTO AFP
AUBAMEYANG meraikan jaringannya. FOTO AFP
AFP

PIERRE-Emerick Aubameyang meledak dua gol ketika membantu Arsenal kembali ke landasan tepat untuk layak ke saingan Piala Europa musim depan apabila membelasah Norwich 4-0.

Aubameyang menyertai Jamie Vardy selaku penjaring terbanyak Liga Perdana dengan 19 gol dalam usaha kedua-duanya untuk merebut anugerah Kasut Emas.

Arsenal meraih kemenangan ketiga berturut-turut dan naik di tangga ketujuh manakala Norwich kekal di tangga tercorot.

Aubameyang menjaringkan gol pertama minit ke-33 berpunca daripada kesilapan kapten Norwich, Tim Krul.

Ia adalah gol ke-50 Aubameyang di Liga Perdana Inggeris pada penampilan ke-79 sekali gus menyaksikannya muncul pemain Arsenal paling pantas mencapai jumlah jaringan itu.

"Pemain yang mampu menjaringkan sebanyak mungkin gol dalam tempoh yang singkat menunjukkan kepada anda betapa mereka cukup penting untuk kami," kata pengurus Arsenal, Mikel Arteta.

Aubameyang juga menjadi artikek jaringan Granit Xhaka untuk kedudukan 2-0 sebelum dia menambah gol kedua peribadi sekali gus jaringan ketiga Arsenal minit ke-69.

Cedric Soares menandatangani kontrak selama empat tahun di Emirates minggu lalu tanpa beraksi bersama Gunners sejak dipinjamkan dari Southampton, Januari lalu.

Bagaimanapun pemain pertahanan kanan Portugal itu melakukan penampilan pertama dengan bergaya apabila menjaringkan gol menerusi rembatan jarak jauh sembilan minit sebelum tamat perlawanan untuk gol keempat Arsenal.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Julai 2020 @ 8:05 AM