Bruce (kanan) mengganggu temubual De Bruyne selepas perlawanan. FOTO Agensi
Bruce (kanan) mengganggu temubual De Bruyne selepas perlawanan. FOTO Agensi
Agensi

STEVE Bruce bergurau dengan mendakwa Kevin De Bruyne akan menandatangani kontrak untuk Newcastle United.

Bos Magpies itu dilihat bertindak mengganggu temubual bintang Belgium berkenaan selepas perlawanan.

De Bruyne menyempurnakan penalti dan Raheem Sterling turut meledak ketika Manchester City menyingkirkan Newcastle 2-0 dalam saingan suku akhir Piala FA di St James Park, pagi ini.

Dan ketika De Bruyne ditemubual media selepas perlawanan, Bruce cuba memaksa pemain tengah Belgium itu mengangguk tanda ya menyertai pasukan Newcastle dan De Bruyne kelihatan tersenyum dengan tindakan pengurus Newcastle itu.

Bekas bintang Manchester United, Bruce, dilihat muncul secara tiba-tiba sebelum merangkul De Bruyne sambil berkata: "Dia akan kekal di sini.

"Dia akan berada di sini, datang ke sini - ini adalah pendedahan eksklusif daripada Newcastle malam ini.

"Dia sudah puas dengan Manchester City dan dia akan datang dan bermain dengan Newcastle," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 Jun 2020 @ 1:30 PM