Conor McGregor (kanan) melakukan tumbukan ke arah Eddie Alvarez dalam pertarungan UFC. FOTO File AFP
Conor McGregor (kanan) melakukan tumbukan ke arah Eddie Alvarez dalam pertarungan UFC. FOTO File AFP
Agensi

CONOR Mcgregor sudah bersedia untuk kembali bertarung selepas seminggu menjalani latihan pengasingan dan mungkin melakukan penampilan semula di pertarungan baharu UFC dinamakan 'Pulau Pertarungan'.

Ia masa yang tepat untuk atlet seni bela diri campuran berusia 31 tahun itu melakukan persediaan untuk kembali dalam pertarungan membabitkan Khabib Nurmagomedov, yang menewaskannya pada 2018.

Namun penularan pandemik Covid-19 menyebabkan Mcgregor terpaksa menjalani pengasingan dengan perlawanan seterusnya yang dinantikan makin memuncak.

Ketika Khabib dilaporkan tidak dapat bertarung kerana sekatan perjalanan dihadapi di beberapa negara. Namun UFC tetap berusaha menganjur beberapa pertarungan.

Presiden UFC, Dana White mendedahkan dia sudah memohon pulau peribadi yang bakal menjadi tuan rumah acara itu dengan harapan ia dapat dilangsungkan pada Jun ini.

Ia akan menampilkan kemunculan semula McGregor sekalipun UFC berdepan kerugian besar daripada penjualan tiket.

White berkata : "Conor akan bersedia untuk bertarung buat masa ini. Dia berada pada prestasi. Dia bersedia untuk menghadapinya.

"Pertama sekali, 'Pulau Pertarungan' akan menjadi sesuatu yang penting bagi melaksanakan perlawanan ini.

"Kami saling berhubung malah dia sudah bertanya mengenai tarikh dan sudah tidak sabar untuk berlawan.

"Amat menyedihkan bagi saya untuk menurunkan Conor tanpa penyokong. Dia mampu menarik ramai penonton."

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 Mei 2020 @ 11:36 PM