Pemain tengah Inter Milan, Christian Eriksen. FOTO File Agensi
Pemain tengah Inter Milan, Christian Eriksen. FOTO File Agensi
Agensi

CHRISTIAN Eriksen berazam menonjolkan kemampuan sebenar bersama Inter Milan apabila musim bersambung selepas penularan pandemik Covid-19.

Eriksen menyertai Inter dari Tottenham Januari lalu, tetapi hanya membuat lapan penampilan sebelum saingan ditangguh kerana Covid-19.

Pemain kebangsaan Denmark itu hanya sekali diturunkan dalam kesebelasan utama Inter, yang kini menghuni tangga ketiga liga Itali.

Eriksen berazam untuk terus bersaing mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama Inter selepas menandatangani kontrak selama empat tahun bersama kelab berkenaan.

"Saya gemar bermain bola sepak," katanya menerusi temubual di Instagram dianjurkan oleh DR Sporten.

"Ia motivasi terbesar bagi saya, sasaran seterusnya adalah memastikan tempat dalam kesebelasan utama di Inter."

Ditanya sama ada betul dia perlu meninggalkan Inter, Eriksen membalas : "Tidak, ia tak semestinya."

Hampir semua kelab Serie A kembali menjalani sesi latihan individu minggu ini apabila saingan dijangka bakal bersambung tidak lama lagi.

Eriksen berkata dia memastikan dirinya berada pada tahap terbaik dan memberitahu : "Melakukan latihan hampir setiap hari bersama rakan sepasukan menerusi Zoom dan terdapat hari saya menjalani latihan sendiri."

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 Mei 2020 @ 6:12 PM