Bintang Barca, Ronaldinho (kiri) dan Messi punya bakat tersendiri. FOTO File Agensi
Bintang Barca, Ronaldinho (kiri) dan Messi punya bakat tersendiri. FOTO File Agensi
Agensi

MARTIN Cardetti berkata akan memilih bekas rakan sepasukannya di Paris Saint-Germain, Ronaldinho, berbanding superstar Barcelona, ​​Lionel Messi.

Ronaldinho menikmati karier cemerlang bersama Barca, Brazil, Milan dan PSG dengan memenangi Ballon d'Or pada 2005, Piala Dunia, Liga Juara-Juara dan termasuk beberapa kejuaraan La Liga.

Messi - dianggap antara pemain bola sepak terhebat yang pernah disaksikan - memenangi enam gelaran Ballons d'Or selain 10 gelaran mahkota La Liga, empat kejuaraan Liga Juara-Juara dan beberapa trofi lain.

Namun Cardetti, yang beraksi di samping Ronaldinho di PSG selama semusim sebelum pemain Brazil itu beralih ke Barca pada 2003, berkata kepada Crack Deportivo: "Sebagai jurulatih untuk pasukan saya, saya akan memilih Ronaldinho berbanding Messi.

"Saya berkongsi setahun bersama Ronaldinho dan dia adalah pemain yang berbeza serta luar biasa.

"Dia sering menikmati permainannya; menguasai bola, dia selalu melakukan sesuatu dan banyak berlatih untuk menguasainya sehingga dapat mengulangi gerakan-gerakan itu dalam perlawanan sebenar."

Cardetti (kanan) rakan sepasukan Ronaldinho. FOTO File Agensi
Cardetti (kanan) rakan sepasukan Ronaldinho. FOTO File Agensi

Mengenai Ronaldinho lagi, bekas pemain Argentina itu menambah: "Anda melihatnya dalam latihan serta dalam perlawanan dan setiap gerakan yang dilakukannya adalah berbeza daripada semua orang." tambahnya.

"Pemain sepertinya sangat jarang boleh didapati dan mereka akan dikenang dalam lipatan sejarah bola sepak.

"Saya bangga menjadi rakan sepasukan kepada pemain seperti itu."

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 Mei 2020 @ 11:54 AM