Alan Pardew (kanan) hanya empat bulan mengendalikan Den Haag. FOTO File Agensi
Alan Pardew (kanan) hanya empat bulan mengendalikan Den Haag. FOTO File Agensi
AFP

PENGURUS Inggeris, Alan Pardew akan meninggalkan ADO Den Haag selepas musim liga Belanda ditamatkan, umum kelab Eredivisie itu hari ini.

Kontrak pengendali berusia 58 tahun itu dijadualkan tamat pada penghujung musim 2019/20, bermakna ikatan berkenaan tidak dapat diterima lagi berikutan penularan pandemik Covid-19.

Pardew bekas bos Newcastle, West Ham dan Crystal Palace menyertai Den Haag ketika kelab berkenaan bergelut daripada penyingkiran dan hanya berjaya mencatat satu kemenangan daripada lapan perlawanan sepanjang di bawah kendaliannya.

"Laluan antara ADO Den Haag dan Alan Pardew akan terpisah," menurut kenyataan kelab itu.

"Pembantu jurulatih, Chris Powell dan Paul Butler, yang juga akan tamat kontrak tidak lama lagi, turut tidak akan disambung kontrak mereka."

Den Haag berada dalam senarai salah satu pasukan yang terkeluar saingan liga utama Belanda selepas ketinggalan tujuh mata di kedudukan selamat ketika liga ditamatkan dengan berbaki lapan perlawanan.

Ia adalah tugas pertama Pardew sejak meninggalkan West Brom pada April 2018.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 April 2020 @ 7:44 AM