Kylian Mbappe. FOTO AFP
Kylian Mbappe. FOTO AFP
Agensi

SIAPA pemain terbaik bola sepak dalam dunia ketika ini : Lionel Messi atau Cristiano Ronaldo?

Pertikaian mengenai perkara ini sudah dibahaskan secara serius lebih dari sedekad yang lalu.

Tapi sebenarnya, tiada di antara mereka berada dalam kelompok tiga teratas pemain paling bernilai di dunia, menurut laman web Transfermarkt.

Sudah tentu, nilai adalah subjek kepada banyak faktor, termasuk umur, jangka masa kontrak, kelab dan penampilan kap antarabangsa.

Berikut senarai bintang bola sepak yang berada dalam senarai 10 teratas - dalam beberapa aspek - dan Ronaldo langsung tidak berjaya berada dalam senarai itu...

Berada di tangga ke 10 penyerang Barcelona, Antoine Griezmann bernilai £113 juta (RM5.8 juta). Pemain yang memenangi Piala Dunia bersama Perancis kini berada di kemuncak karier di Nou Camp selepas berpindah dari Atletico Madrid.

Bintang England dan Borussia Dortmund, Jadon Sancho yang diletakkan dengan nilai £113 juta (RM5.8 juta) dikaitkan untuk kembali ke Liga Perdana selepas meninggalkan Manchester City untuk menyertai Borussia Dortmund pada 2017.

Bintang Argentina dan Barcelona, Lionel Messi di tempat kelapan dengan nilai £132 juta (RM6.8 juta).

Walaupun dilabelkan antara pemain terbaik dunia, usianya mencecah 32 tahun selain kontrak bersama Barcelona yang hampir tamat mempengaruhi kedudukannya menerusi kajian laman web berkenaan.

Lionel Messi. FOTO AFP
Lionel Messi. FOTO AFP

Perancang tengah Manchester City, Kevin De Bruyne di tempat ketujuh dengan nilai £141 juta (RM7.3 juta). Pemain kebangsaan Belgium ini antara pemain yang mempunyai penyudah dan hantaran terbaik dalam dunia.

De Bruyne memastikan kelabnya menjuarai Liga Perdana dua musim berturut-turut dan membantu Belgium menduduki tempat ketiga Piala Dunia 2018.

Di kedudukan keenam hingga empat dengan nilai sama sekitar £141 juta (RM7.3 juta) membabitkan kapten England dan penyerang berpengaruh Tottenham, Harry Kane selain bintang Liverpool, Mohamed Salah dan rakan sepasukannya Sadio Mane.

Kane dilaporkan menjadi sasaran beberapa pasukan elit Liga Perdana dan Eropah. Begitu juga dua tonggak The Reds yang menjalankan tugas baik dalam memastikan kejayaan Liverpool di kancah bola sepak Eropah.

Neymar dan Raheem Sterling masing-masing di tangga kedua dan ketiga dengan nilai £151 juta (RM7.8 juta). Neymar antara bintang PSG yang menerima gaji tinggi dikaitkan kembali ke Barcelona.

Sterling yang juga pemain kebangsaan England menjadi tonggak pasukan Man City kendalian Pep Guardiola.

Menduduki carta pertama adalah bintang Perancis dan PSG, Kylian Mbappe bernilai £189 juta (RM9.74 juta). Mbappe yang baharu berusia 20 tahun sudahpun dinobatkan antara penyerang terbaik di dunia.

Antara pemain yang paling cepat menunjukkan kematangan dan bijak memanfaatkan peluang di depan gol dalam membantu pasukannya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 Mac 2020 @ 2:36 PM