BOUDEBOUZ  (kanan) meraikan jaringan bersama rakan sepasukan di Stadium Geoffroy Guichard di Saint-Etienne. FOTO AFP
BOUDEBOUZ (kanan) meraikan jaringan bersama rakan sepasukan di Stadium Geoffroy Guichard di Saint-Etienne. FOTO AFP
Reuters

ST Etienne mara ke final Piala Perancis selepas menang dramatik 2-1 ke atas Stade Rennais awal pagi tadi hasil jaringan minit akhir perlawanan oleh pemain tengah, Ryad Boudebouz.

Tuan rumah ketinggalan apabila M'Baye Niang menjaringkan penalti pada minit ke-33 tetapi Timothee Kolodziejczak menyamakan kedudukan buat Saint-Etienne menerusi tandukan sejurus sebelum tamat babak pertama.

Perlawanan tampak menuju ke masa tambahan sehinggalah rembatan kencang penjuru gawang oleh pemain Algeria, Boudebouz menggamatkan stadium pada minit keempat masa kecederaan.

Skuad Claude Puel akan menentang Paris St Germain pada final. PSG membelasah Olympique Lyonnais 5-1 semalam dalam satu lagi aksi separuh akhir.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 Mac 2020 @ 10:28 AM