Ronaldinho disiasat kerana di dakwa memiliki pasport palsu. FOTO Reuters
Ronaldinho disiasat kerana di dakwa memiliki pasport palsu. FOTO Reuters
Agensi

BEKAS penyerang Brazil, Ronaldinho ditahan polis di Paraguay kerana didakwa menggunakan pasport palsu untuk masuk ke negara itu menurut pihak berkuasa negara itu.

Pemeriksaan dilakukan di sebuah hotel di tengah bandar, Asuncion hari ini, tempat dia bersama abangnya menetap.

Menteri Dalam Negeri Paraguay memberitahu ESPN Brazil kedua-dua beradik berkenaan tidak ditahan tetapi masih dalam siasatan.

Menterinya Euclides Acevedo juga berkata mereka menafikan melakukan kesalahan dan memberi kerjasama penuh bersama pihak berkuasa.

Gambar dokumen pengenalan diri Paraguay di kongsi pihak berkuasa Paraguay tertera nama Ronaldo pada Julai 2019, pemain berkenaan dilaporkan mempunyai pasport Brazil dan Sepanyol dirampas selepas tidak membayar cukai.

Pemain berusia 39 tahun dan pemenang dua kali Pemain Terbaik Dunia dikatakan pergi ke Paraguay untuk mempromosikan buku dan kempen membantu kanak-kanak kurang bernasib baik.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 Mac 2020 @ 10:43 PM