ZII Jia tewas  kepada pemain China di Masters Indonesia.
ZII Jia tewas kepada pemain China di Masters Indonesia.
Ferzalfie Fauzi


BEREGU lelaki negara berjaya melepasi halangan pertama di Masters Indonesia hari ini

bermula dengan gandingan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani yang menumbangkan juara Seluruh England 2016, Vladimir Ivanov-Ivan Sozonov 21-15, 18-21, 21-16.

Pasangan profesional, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi pula tidak berdepan masalah mencatat kemenangan straight set 21-81, 21-17 selepas mengalahkan wakil China, Han Cheng Kai-Zhou Hao Dong.

Satu lagi gandingan profesional, Goh V Shem-Tan Wee Kiong mara ke pusingan kedua selepas mengetepikan Liao Min Chun-Su Ching Heng (Taiwan) 21-18, 21-17.

Pilihan kelapan kejohanan yang juga beregu lelaki pertama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik pula menewaskan gandingan Indonesia, Wahyu Nayaka-Ade Yusuf 21-17, 22-20.

Aksi pusingan kedua esok bakal menyaksikan Sze Fei-Nur Izzuddin berdepan pasangan dari pusingan kelayakan, Di Zi Jian-Wang Chang (China), manakala Yew Sin-Ee Yi pula akan menentang wakil Jerman, Jones Ralfy Jansen-Peter Kaesbauer.

V Shem-Wee Kiong yang juga pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 akan menentang pilihan ketujuh dari Taiwan, Lee Yang-Wang Chi Lin manakala Aaron-Wooi Yik bertemu gandingan Denmark, Mathias Boe-Mads Conrad Petersen.

Bagaimanapun, lain pula ceritanya dengan perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia apabila tersingkir di pusingan pertama selepas tumpas di tangan Huang Yu Xiang dari China, Huang Yu Xiang 21-17, 21-23, 12-21.

Minggu lalu Zii Jia cemerlang di Masters Malaysia selepas mara sehingga ke pusingan separuh akhir dan mengalahkan pemain ranking lebih tinggi, Anders Antonsen (Denmark) dan Shi Yuqi (China).

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 January 2020 @ 7:22 PM