(Dari kiri) Djokovic, Federer, Nadal bakal berentap di Terbuka Australia. FOTO Agensi
(Dari kiri) Djokovic, Federer, Nadal bakal berentap di Terbuka Australia. FOTO Agensi
AFP

NOVAK Djokovic mengakui generasi pemain seterusnya semakin menghampiri namun dia bersama dua rakan jaguh tennis kekal mendahului ke hadapan ketika sasaran mereka untuk melebarkan penguasaan di Terbuka Australia.

Djokovic, Roger Federer dan Rafael Nadal memastikan penguasaan masing-masing dalam kejohanan utama itu sejak beberapa dekad, dengan pemain dari Serbia dan Switzerland sangat prolifik pada pembukaan Grand Slam.

Antara sesama mereka memenangi 13 daripada 16 kejohanan terakhir di Melbourne Park. Tahun ini, penyandang juara, Djokovic dalam usaha memburu kejuaraan kelapan dan Federer ke tujuh, dengan kali terakhir menjulang trofi pada 2018.

Nadal turut berpotensi untuk mencatat hanya kemenangan kedua di Melbourne menyamai rekod Federer, 38, yang memenangi 20 gelaran Grand Slam.

Semua pemain pastinya berhadapan masalah cuaca jerebu yang melanda Australia berikutan kebakaran ladang, selepas latihan ditunda pada Selasa apabila kualiti udara tercemar dengan jerebu.

"Sememangnya Terbuka Australia antara kejohanan yang saya gemari. Ia adalah kejohanan di mana saya bermain tenis dengan baik," kata Djokovic, yang hadir dengan mencatat kemenangan keenam berturut-turut ketika kejayaan membantu Serbia pada Piala ATP.

"Kamu pasti ada Federer, Nadal, saya sendiri kerana pengalaman dan semuanya dan pada ranking, yang kami dapat sehingga dilabelkan tiga pemain pilihan teratas.

"Namun tapi kamu mempunyai (Daniil) Medvedev, (Stefanos) Tsitsipas, Dominic Thiem yang turut mempamerkan aksi menakjubkan," tambahnya.

"Jadi semua orang akan bercakap mengenai generasi seterusnya yang memenangi Slam. Kamu tahu, ia kelihatan seperti semakin hampir. Harap tidak pada tahun ini. Kita lihat."

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 January 2020 @ 3:59 PM