McGregor menunjukkan otot barunya untuk pertarungan UFC bulan depan. FOTO CMc
McGregor menunjukkan otot barunya untuk pertarungan UFC bulan depan. FOTO CMc
Agensi

CONOR McGregor menunjukkan perubahan susuk fizikalnya apabila membuat persiapan terakhir untuk kembali ke gelanggang UFC menentang Donald Cerrone.

The Notorious akan membuat penampilan semula ke dalam saingan arena Octagon menentang veteran Cowboy pada 18 Januari ini.

Dia masih belum bertarung sejak tewas kepada Khabib Nurmagomedov pada Oktober 2018.

Atlet dari Dublin itu akan membuat penampilan semula dalam saingan kategori welterweight pada UFC 246 selepas bersaing dalam kategori 170 pound dan tewas kepada Nate Diaz sebelum memenangi perlawanan itu semula pada 2016.

McGregor sedang mempersiap diri untuk perlawanan semula menentang musuh ketat Khabib termasuk Jorge Masvidal berikutan penampilan semulanya menentang Cerrone.

Kerja keras bekas juara kategori dua berat badan UFC itu kelihatan seperti menampakkan hasil selepas berkongsi foto perubahan dramatik dirinya di laman sosial.

McGregor memuatnaik foto menunjukkan ototnya dengan keterangan gambar: "Siapakah gerangan lelaki itu?"

Sebelum ini peminat atlet bertatu itu bimbang andai dia terlalu fokus membina ototnya akan menyebabkannya sekali lagi bergelut dengan kecergasannya.

McGregor dikenali sebagai ‘kaki pukul’ yang membolehkannya menyandang gelaran featherweight dan lightweight.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 Disember 2019 @ 11:45 PM