Penyokong mendakwa bola terkena tangan Van Dijk sebelum jaringan Mane. FOTO REUTERS
Penyokong mendakwa bola terkena tangan Van Dijk sebelum jaringan Mane. FOTO REUTERS
Agensi

PENYOKONG serta peminat bola sepak terkejut apabila gol jaringan Liverpool ketika menentang Wolves dibenarkan biarpun bola terkena tangan pemain pertahanan, Virgil van Dijk sebelum itu.

Pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) itu membuka jaringan menerusi sepakan Sadio Mane yang menyusul selepas Adam Lallana gagal menampan dengan baik bola hantaran jauh Van Dijk.

Pengadil Anthony Taylor pada mulanya meniup wisel kerana menyangka Lallana memegang bola tetapi VAR tidak mengesahkannya ketika ulang tayang menunjukkan bola terkena bahunya.

Bagaimanapun pengadil di Stockley Park gagal untuk mengesan dua saat sebelum itu Van Dijk mengawal bola dengan tangan kanannya sebelum serta-merta membuat hantaran ke depan.

Laporan di televisyen menunjukkan pengadil sudah menilai situasi itu dan membuat keputusan tidak menyeluruh pemain Liverpool itu memegang bola.

Pakar pengadil SunSport Mark Halsey berkata: “Bola terkena tangan sekalipun tidak sengaja dan bola hantaran jauh van Dijk sepatutnya tidak dibenarkan di bawah Peraturan 12 - memegang bola."

Dakwaan mengatakan bola terkena tangan itu tidak disahkan kerana dia tidak berperanan sebagai pemain mencipta peluang. Biarpun Van Dijk menghantar bola kepada Lallana beberapa saat selepas bola didakwa terkena tangannya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 Disember 2019 @ 9:30 PM