Penyerang Norwich City, Teemu Pukki (kiri) turut menjaringkan gol ketika berdepan Leicester. FOTO Reuters
Penyerang Norwich City, Teemu Pukki (kiri) turut menjaringkan gol ketika berdepan Leicester. FOTO Reuters
Reuters

NORWICH City memperoleh sedikit suntikan moral untuk mengelak tersingkir daripada Liga Perdana selepas aksi bersemangat membolehkan mereka mengikat pasukan yang semakin meningkat, Leicester City dengan kedudukan seri 1-1 awal pagi ini.

Keputusan itu mengejutkan rekod kemenangan lapan perlawanan berturut-turut Leicester, pasukan di tempat kedua dalam carta liga itu dengan 39 mata daripada 17 perlawanan, 10 mata ditinggalkan pendahulu Liverpool yang mencatat kemenangan 2-0 ke atas Watford di gelanggang sendiri pada Sabtu.

Teemu Pukki meletakkan Norwich di depan pada minit ke-25 dengan penyudah menarik sebelum penjaga gol pelawat Tim Krul menjaringkan gol sendiri pada minit ke-37, ketika gagal mengeluarkan bola daripada tandukan Jamie Vardy ketika penjaring terbanyak liga itu menyasarkan ke penjuru gawang selepas menerima bola daripada sepakan sudut James Maddison.

Pukki agak gembira dengan keputusan itu, mengetahui memberi ruang kepada Norwich, yang berada di kedudukan kedua terbawah dengan 12 mata, masih berdepan cabaran untuk mendaki jika tidak mahu tersingkir daripada liga utama itu.

“Saya gembira. Leicester adalah tempat yang sukar untuk beraksi dan mereka mempunyai rekod pencapaian yang baik,” kata penyerang Finland kepada BBC.

“Saya gembira kerana kembali menjaringkan gol lagi. Kami kehilangan mata sejak akhir-akhir ini tetapi sekarang kami perlu mula memenangi perlawanan."

Pengurus Leicester, Brendan Rodgers memuji aksi pemainnya di sebalik kejutan itu.

“Saya fikir pemain menunjukkan mentaliti hebat.” katanya.

“Apabila anda berada dalam tempoh kemenangan, anda percaya anda akan menang pada setiap perlawanan tapi sudah tentu ia tidak berlaku seperti itu.”

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 Disember 2019 @ 9:30 AM