Sekitar undian Kejohanan Bola Sepak Copa America 2020. FOTO AFP
Sekitar undian Kejohanan Bola Sepak Copa America 2020. FOTO AFP
Reuters

AUSTRALIA diundi dalam kumpulan membabitkan Argentina bagi saingan Kejohanan Bola Sepak Copa America 2020 sementara juara Asia, Qatar akan berdepan Colombia dan juara bertahan, Brazil.

Kejohanan membabitkan 12 pasukan berlangsung pada 12 Jun hingga 12 Julai menyaksikan kesemua 10 pasukan dari Amerika Selatan serta pasukan jemputan Australia dan Qatar, bersaing di peringkat kumpulan.

Kejohanan dianjurkan tuan rumah bersama Colombia dan Argentina.

Tuan rumah Piala Dunia 2022 Qatar juga akan berdepan Venezuela, Ecuador dan Peru dalam saingan Kumpulan di mana perlawanan berlangsung di Colombia.

Australia yang akan membuat kemunculan pertama dalam kejohanan itu, juga akan menentang Paraguay, Uruguay, Bolivia dan Chile dalam Kumpulan A.

Empat pasukan daripada setiap kumpulan akan layak ke peringkat suku akhir.

Perlawanan pembukaan akan membabitkan pertembungan Argentina berdepan Chile di Stadium Monumental, Buenos Aires dan aksi final pula akan diadakan di Colombia.

Ia adalah Copa America yang keempat dalam masa enam tahun tapi ia mungkin menjadi yang terakhir sehingga 2024 ketika penganjur kembali kepada format asal kejohanan dianjurkan empat tahun sekali itu.

Argentina tidak pernah memenangi kejohanan itu sejak 1993 sementara Colombia hanya memenangi trofi sekali - apabila menjadi tuan rumah pada 2001.

Juara bertahan Brazil melakukannya selepas menewaskan Peru pada Julai untuk memenangi kejohanan buat kali kesembilan.

Undian kumpulan Kejohanan Bola Sepak Copa America 2020 yang membabitkan tuan rumah bersama Argentina dan Colombia

Kumpulan A :

Argentina

Australia

Bolivia

Uruguay

Chile

Paraguay

Kumpulan B :

Colombia

Brazil

Qatar

Venezuela

Ecuador

Peru

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 Disember 2019 @ 10:56 AM