Boris Becker kapten pasukan Jerman. FOTO File Agensi
Boris Becker kapten pasukan Jerman. FOTO File Agensi
Reuters

JUARA enam kali Grand Slam, Boris Becker akan mengetuai Jerman pada kejohanan tahunan Piala ATP, sementara rakannya bekas pemain nombor satu dunia, Marat Safin dan Thomas Muster masing-masing akan mengetuai Russia dan Austria dalam kejohanan membabitkan beberapa negara itu.

Becker yang memenangi kejuaraan utama pertama di Wimbledon pada 1985, dipilih oleh pemain nombor tujuh dunia Alexander Zverev untuk mengetuai Jerman yang diundi dalam Kumpulan F bersama Greece, Kanada dan tuan rumah, Australia serta beraksi dalam perlawanan di Brisbane.

Kejohanan Piala ATP negara-negara ke 24 dijadualkan berlangsung dari 3 hingga 12 Januari depan di Brisbane, Perth dan Sydney.

“Kami mempunyai peluang cerah dalam persaingan yang cukup getir pada undian jadual perlawanan,” kata Becker menerusi kenyataan media Piala ATP.

“Beraksi berdepan antara yang terbaik dan mewakili negara anda, memberi tanda, meletakkan sukan berkenaan pada satu tahap. Saya fikir kita akan melihat aksi tenis yang hebat.

Safin yang memenangi Terbuka AS pada tahun 2000 dan Terbuka Australia lima tahun kemudian, akan menerajui Russia yang turut menyenaraikan pemain nombor empat dunia, Daniil Medvedev dan pemain nombor 17, Karen Khachanov.

“Kami mempunyai peluang cerah untuk memenangi piala pertama dengan barisan pemain yang berkaliber sedia ada dalam pasukan Russia dan saya akan melakukan segalanya yang saya mampu untuk memastikan ia berlaku dari bangku tempat duduk pemain.” katanya.

Russia berdepan Itali, Amerika Syarikat, Norway dalam Kumpulan D dan akan beraksi dalam perlawanan di Perth.

Muster yang melakar ranking teratas dunia pada 1996 selepas memenangi Terbuka Perancis pada tahun berikutnya, dipilih sebagai kapten oleh pemain nombor lima dunia, Dominic Thiem dan mengalu-alukan peluang untuk berkerja sama dengan bekas penasihat pemain itu.

“Piala ATP menghimpunkan kembali seteru lama bersama sebagai kapten,” katanya.

“Saingan sengit bertanding di sekitar Australia dan pemain berasakan ia adalah cabaran kuat, saya rasa sangat teruja untuk menjadi sebahagian daripada semua ini.”

Pemenang dalam setiap enam kumpulan dan dua pasukan terbaik di tangga kedua peringkat kumpulan akan merebut tempat ke peringkat akhir Piala ATP di Sydney.

Setiap pasukan membabitkan dua pemain perseorangan dan satu beregu bagi setiap perlawanan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 November 2019 @ 6:43 PM