INTER Milan meraikan kemenangan. FOTO Reuters
INTER Milan meraikan kemenangan. FOTO Reuters
AFP

NICOLO Barella memastikan kemenangan 2-1 ke atas Verona untuk membawa Inter Milan ke puncak Serie A awal pagi tadi ketika Napoli diejek penyokong sendiri ketika terikat tanpa jaringan dengan Genoa di laman sendiri.

Bekas pemain tengah Cagliari Barella menjaringkan gol pertama buat Inter dengan sepakan lencong menakjubkan, tujuh minit sebelum tamat perlawanan untuk membolehkan Inter memintas juara bertahan Juventus.

Inter kini dua mata mendahului Juve yang akan menanti kunjungan AC Milan di Turin awal pagi esok.

Namun naib juara Serie A Napoli menyaksikan rekod tanpa menang mereka bertambah kepada empat perlawanan dan tersekat di tangga ketujuh, 12 mata di belakang Inter.

Penyokong Napoli naik angin dengan hanya satu mata ke atas lawan yang menduduki tangga ke-17 liga, beberapa hari selepas terikat 1-1 dengan Salzburg dalam aksi Liga Juara-Juara.

Jurulatih Inter Antonio Conte turut berang selepas pasukannya mensia-siakan kelebihan dua gol untuk tewas 2-3 kepada Borrusia Dortmund dalam aksi Liga Juara-Juara.

Namun bekas jurulatih Juventus dan Chelsea itu gembira dengan kebangkitan anak buahnya.

“Saya melihat kebangkitan penting selepas Dortmund,” kata Conte.

“Pemain melakukan sesuatu yang penting, 31 mata dalam 12 perlawanan satu pungutan yang baik.”

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 November 2019 @ 10:35 AM