Vardy (tengah) jaringkan gol kedua Leicester. FOTO AFP
Vardy (tengah) jaringkan gol kedua Leicester. FOTO AFP
AFP

PENGURUS Leicester, Brendan Rodgers berkata dia tidak akan meletakkan tekanan tambahan kepada pemainnya dengan mendedahkan sasaran penamat di kedudukan empat teratas Liga Perdana selepas menang 2-0 di Crystal Palace sekali gus melonjak ke tangga ketiga.

Barisan pemain Rodgers membelasah Southampton 9-0 Sabtu lalu tetapi terpaksa bekerja keras untuk mendapatkan tiga mata daripada pasukan liat seperti Palace.

Tandukan Caglar Soyuncu dari sepakan sudut James Maddison selepas hampir sejam perlawanan memecah kebuntuan dan sentuhan pemusnah Jamie Vardy berterus apabila dia meledak dari gerakan berpasukan dua minit sebelum tamat perlawanan.

Leicester mendahului Chelsea dengan perbezaan jaringan dan enam mata daripada pasukan di tempat kelima Arsenal, yang akan ditentang minggu depan di gelanggang sendiri, dalam pertembungan awal bagi slot Liga Juara-Juara musim depan.

"Pemain bermain baik. Kami tidak akan terbawa-bawa dengannya dan saya tidak akan memberikan pemain dengan apa sahaja tekanan," kata Rodgers.

Brendan Rodgers (kiri) mengucapkan tahniah kepada penyerang Leicester, Jamie Vardy (tengah) selepas perlawanan berdepan Crystal Palace malam tadi. FOTO AFP
Brendan Rodgers (kiri) mengucapkan tahniah kepada penyerang Leicester, Jamie Vardy (tengah) selepas perlawanan berdepan Crystal Palace malam tadi. FOTO AFP

"Mereka faham kami cuba melakukan sesuatu di sini yang boleh dikekalkan. Jadi mari kita lihat di mana kedudukan kami dalam 10 perlawanan lagi.

Selepas berpesta gol di Southampton, pelawat terpaksa menunggu lama untuk menghapuskan badi di Selhurst Park untuk memastikan kemenangan itu.

"Semangat pasukan pada hari ini amat mengagumkan. selepas kemenangan bersejarah dan persembahan minggu lalu ini adalah kepuasan yang diperolehi daripada pelaburan wang di sini," tambah Rodgers.

Palace hanya menjaringkan empat gol dalam enam perlawanan pertama musim ini di gelanggang sendiri dan mereka kurang mencipta peluang terbaik di depan

gol dalam usaha menyamakan kedudukan sekali pun tanpa memaksa Kasper Schmeichel menyelamatkan percubaan tepat.

“Saya fikir mereka mempunyai banyak pemain berbakat dalam pasukan, dan mereka memberi ancaman hebat di barisan serangan, di mana kami mengakui tidak memilikinya,” kata bos Palace Roy Hodgson.

“Kami harus berkerja keras untuk mencipta peluang melakukan jaringan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 November 2019 @ 8:03 AM