NUR Izzuddin (kiri) dan Sze Fei cemerlang di Macau. — FOTO Zunnur Al Shafiq
NUR Izzuddin (kiri) dan Sze Fei cemerlang di Macau. — FOTO Zunnur Al Shafiq
Helmi Talkah


BEREGU lelaki negara, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei meneruskan rentak cemerlang mereka apabila mengesahkan tempat ke suku akhir Terbuka Macau, hari ini.

Pasangan ranking ke-28 dunia itu bagaimanapun dipaksa bekerja keras sebelum melakar kemenangan ke atas beregu Korea Selatan, Na Sung Seung-Wang Chan 21-17, 21-23, 21-17 pada pusingan kedua.

Mereka dijangka berdepan ujian sukar dalam misi memburu tempat ke separuh akhir apabila dijadual menentang pilihan keempat dari Taiwan, Lu Ching Yao-Yang Po Han, esok.

Sementara itu, beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheah Yee See turut melangkah ke suku akhir selepas mengatasi pasangan Hong Kong, Chung Yonny-Ng Shiu Yee 21-15, 21-19.

Tampil sebagai pilihan kelapan, Pang Ron-Yee See akan berdepan gandingan Taiwan, Lin Yong Sheng-Lin Wan Ching dalam perebutan tempat ke separuh akhir, esok.

Nasib bagaimanapun tidak menyebelahi beregu wanita muda negara, Pearly Tan-M Thinaah apabila ditunjukkan jalan keluar pada pusingan kedua selepas kalah di tangan Siti Fadia Silva Ramadhanti-Ribka Sugiarto dari Indonesia 14-21, 20-22.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 31 Oktober 2019 @ 10:21 PM