PENYERANG Leicester, Jamie Vardy (tengah) berada pada prestasi terbaik ketika ini. — FOTO premierleague.com
PENYERANG Leicester, Jamie Vardy (tengah) berada pada prestasi terbaik ketika ini. — FOTO premierleague.com
AFP

PERMULAAN sempurna Liverpool dalam kempen Liga Perdana Inggeris diancam oleh Leicester City kendalian pengurus yang mahu membuktikan sesuatu di Anfield malam esok, Brendan Rodgers.

Juara Eropah itu mendahului lima mata di puncak di depan Manchester City, namun Leicester adalah pencabar paling dekat dengan dua pasukan teratas itu ketika mereka berusaha untuk memecah kelompok enam teratas.

Peluang Foxes dibantu dengan kemerosotan awal musim Tottenham, Arsenal, Chelsea dan Manchester United.

Semua empat kelab itu tidak menang menjelang perlawanan hujung minggu ini namun Spurs paling terjejas selepas dibelasah 7-2 oleh Bayern Munich dalam Liga Juara-Juara pada pertengahan minggu.

RODGERS (kanan) tidak pernah berkecil hati dengan Klopp. — FOTO premierleague.com
RODGERS (kanan) tidak pernah berkecil hati dengan Klopp. — FOTO premierleague.com

Rodgers kembali ke Anfield buat kali pertama sejak beliau dipecat oleh Reds pada 2015.

Pengendali dari Ireland Utara itu sejak itu membina semula reputasinya, menang tujuh trofi dalam dua setengah musim di Celtic sebelum kembali ke Liga Perdana bersama Foxes, Februari lalu.

Sejak Rodgers menggantikan Claude Puel, Leicester merakam catatan terbaik di tangga ketiga liga di belakang Liverpool dan juara bertahan City.

Kemenangan besar 5-0 ke atas Newcastle hujung minggu lalu menyaksikan anak buah Rodgers melonjak dua mata di depan kelompok pengejar di tangga ketiga dan mereka membuktikan keupayaan untuk mencabar enam pasukan teratas apabila seri 1-1 di Chelsea dan menang 2-1 ke atas Tottenham musim ini.

RODGERS kembali ke Anfield kali pertama sejak 2015. — FOTO premierleague.com
RODGERS kembali ke Anfield kali pertama sejak 2015. — FOTO premierleague.com

Bagaimanapun, Rodgers sedar menamatkan catatan tanpa kalah Liverpool di laman sendiri dalam Liga Perdana sejak April 2017 satu cabaran lebih getir.

“Kami hanya mahu terus mengekalkan tahap persembahan kami. Liverpool bertindak terlalu mengagumkan setakat ini, mereka lawan yang hebat untuk diuji dan mencabar kualiti pasukan kami,” kata Rodgers.

“Kami mengamalkan pemikiran positif dalam perlawanan kami, tidak kira siapa lawan yang ditentang.”

Rodgers berada di ambang menamatkan penantian lama Liverpool untuk memenangi liga pada 2013-14, namun berkata, beliau tidak cemburu dengan kejayaan Juergen Klopp bersama Reds, apatah lagi beliau menyewakan rumahnya kepada pengendali dari Jerman itu.

LEICESTER perlu merantai dua pemain Liverpool, Sadio Mane (kanan) dan Roberto Firmino selain Mohamed Salah. — FOTO premierleague.com
LEICESTER perlu merantai dua pemain Liverpool, Sadio Mane (kanan) dan Roberto Firmino selain Mohamed Salah. — FOTO premierleague.com

“Saya tidak pernah berasa kecil hati,” kata Rodgers kepada akhbar Telegraph. “Itulah sebabnya saya membenarkan Juergen berpindah ke rumah saya.”

Jadual Perlawanan

Esok

Brighton mln Tottenham (7.30 mlm), Burnley mln Everton, Liverpool mln Leicester, Norwich mln Aston Villa, Watford mln Sheffield United (semua 10 mlm)

Awal pagi Ahad

West Ham mln Crystal Palace (12.30 tgh mlm)

Ahad

Southampton mln Chelsea, Arsenal mln Bournemouth, Man City mln Wolves (semua 9 mlm), Newcastle mln Man Utd (11.30 mlm)

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 4 Oktober 2019 @ 11:11 AM