Mario Balotelli (kiri) dijangka beraksi buat Brescia.
Mario Balotelli (kiri) dijangka beraksi buat Brescia.
AFP

MARIO Balotelli berkata dia berada dalam ‘keadaan terbaik’ sebagai persediaan kembali semula ke Serie A pada perlawanan pertama buat kelab kampung halamannya - Brescia menentang juara Itali, Juventus diketuai Cristiano Ronaldo awal pagi Rabu ini.

“Mario akan berada di sana pada Rabu,” kata jurulatih Eugenio Corini yang mengesahkan kehadiran penyerang Itali itu selepas penampilannya tertangguh oleh penggantungan empat perlawanan dari bekas kelabnya Marseille.

Tetapi Ronaldo mungkin terlepas perjanjian bersama jurulatih Juventus, Maurizio Sarri yang membongkar bintang Portugal itu berdepan masalah tambahan.

"Cristiano mempunyai masalah tambahan sedikit dan saya harus melihat sama ada dia kelapangan atau tidak,” kata Sarri.

“Saya tidak mahu mengambil risiko dengan kecederaan,” tambah jurulatih Juventus yang tampil dalam dua perlawanan Serie A minggu ini sebelum menanti kunjungan Bayer Leverkusen bagi saingan Liga Juara-Juara pada 1 Oktober ini.

“Brescia adalah pasukan yang bahaya. Corak permainan mereka sukar diramal dan penampilan Balotelli mampu memberi tenaga tambahan.”

Balotelli, 29, semakin cergas ketika kehadirannya bagi meyakinkan jurulatih Itali, Roberto Mancini dan membolehkannya mendapat tempat dalam pasukan Euro 2020.

“Objektif saya adalah untuk beraksi buat Itali di Eropah, tetapi sasaran utama ketika ini adalah untuk berada pada tahap sepatutnya secepat mungkin buat Brescia,” kata Balotelli.

Buat kali ketiga Balotelli beraksi di Itali selepas bersama Inter Milan dan AC Milan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 September 2019 @ 11:37 PM