JOACHIM Loew ketika perlawanan kelayakan Euro 2020. FOTO AFP
JOACHIM Loew ketika perlawanan kelayakan Euro 2020. FOTO AFP
AFP

JOACHIM Loew menuntut reaksi daripada skuad muda Jerman ketika berdepan pendahulu Kumpulan C Ireland Utara awal pagi Selasa selepas kebangkitan mereka dalam kelayakan Euro 2020 terjejas akibat kekalahan 2-4 kepada Belanda.

Melangkah ke kejohanan antarabangsa dengan penuh keyakinan, anak buah Loew perlu berkunjung ke Belfast awal pagi Selasa dengan menagih kemenangan untuk meneruskan kempen kelayakan mereka berdepan Ireland Utara yang masih belum kehilangan sebarang mata dalam empat aksi kelayakan.

“Kami perlu menang, kami perlu menangani perlawanan dengan baik bagi membolehkan kami meninggalkan padang sebagai pemenang,” kata Loew.

Jerman baru saja mahu menemui rentak sejak sekian lama selepas kempen mengecewakan pada Piala Dunia tahun lalu.

Penyingkiran pada peringkat kumpulan di Russia menuntut rombakan menyeluruh dan selepas tiga kemenangan berturut-turut tahun ini, skuad Loew yang berwajah baharu dilihat penuh keyakinan sebelum perlawanan semalam.

Kemenangan ke atas Belanda sepatutnya meletakkan Jerman di tangga kedua, sembilan mata daripada pencabar mereka dan meletakkan Jerman hampir kepada kelayakan automatik.

Sebaliknya, mereka kini hanya tiga mata di atas kedudukan play-off, dengan lebih satu perlawanan berbanding Belanda.

“Kami perlu memilih pemain muda dan memberikan mereka perasaan bahawa mereka boleh menjadi kuat. Saya pasti kita akan melihat reaksi mereka pada Isnin,” kata Loew.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 September 2019 @ 12:03 PM