Hubert Hurkacz dari Poland bergaya bersama trofi yang dimenangi di Terbuka Winston-Salem, North Carolina. FOTO AFP
Hubert Hurkacz dari Poland bergaya bersama trofi yang dimenangi di Terbuka Winston-Salem, North Carolina. FOTO AFP
Reuters

PEMAIN Poland, Hubert Hurkacz mengejutkan pemain pilihan utama, Benoit Paire untuk memenangi kejuaraan pertama ATP dengan kemenangan 6-3, 3-6, 6-3 dalam aksi final Terbuka Winston-Salem, di North Carolina, pagi ini.

Hurkacz, 22, dia terpaksa melalui cabaran dengan mempamerkan aksi turut naik, termasuk berdepan cuaca hujan lebat yang memaksa perlawanan ditangguhkan pada set kedua, dan kembali di depan semula selepas dua jam dan sembilan minit.

Hurkacz menjadi pemain pertama dari Poland yang memenangi acara peringkat jelajah sejak Wojtek Fibak di WCT Chicago pada 1982.

“Ini memerlukan masa yang panjang (tanpa pemenang daripada Poland). Saya sangat gembira kerana dapat menang dalam acara Jelajah ATP,” katanya.

“Saya harap lebih ramai pemain akan menyertai saya nanti dan saya akan menang lebih banyak kejohanan nanti. Ia sangat bermakna buat saya dan saya gembira kerana memenanginya kejohanan ini di sini.”

Hurkacz melakukan kejutan pada kejohanan itu termasuk mencatat kemenangan ke atas empat pemain pilihan utama.

Paire dalam pemburuan kejuaraan ketiga musim ini selepas kemenangan di Lyon dan Marrakech namun hilang dengan mata penting dalam perlawanan sengit itu.

Dia begitupun berpuas hati dalam minggu yang padat menjelang aksi di Flushing Meadows.

“Pada saya ia adalah minggu yang baik.” kata Paire. “Jujur, saya mungkin tewas (pada perlawanan kedua) jadi sangat bagus apabila untuk berada dalam final.”

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 Ogos 2019 @ 11:37 AM