MESSI. FOTO Reuters
MESSI. FOTO Reuters
AFP

ASUNCION: Bintang sensasi Argentina, Lionel Messi digantung daripada beraksi bersama pasukan negaranya selama tiga bulan dan didenda AS$50,000 (RM208,000) oleh CONMEBOL selepas pemain itu mengkritik badan induk bola sepak Amerika Selatan ketika saingan Copa America.

Penyerang Barcelona berusia 32 tahun itu menuduh CONMEBOL korupsi selepas dia dibuang padang ketika menentang Chile pada aksi penentuan tempat ketiga pada kejohanan di Brazil.

Messi melepaskan kemarahannya susulan dua insiden yang berlaku sepanjang kejohanan bermula Jun hingga Julai itu.

Argentina dinafikan dua sepakan penalti ketika tewas 0-2 di tangan Brazil pada aksi separuh akhir yang menyaksikan Messi mendakwa ‘Brazil yang menguruskan CONMEBOL ketika ini’.

Menambahkan lagi kemarahannya apabila dia dibuang padang pada aksi seterusnya yang menyaksikan Argentina menang 2-1 ke atas Chile.

“Korupsi dan pengadil menghalang orang ramai menikmati perlawanan bola sepak dan mereka merosakkannya,” kata Messi.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 Ogos 2019 @ 6:01 AM