Tindakan merosakkan raket menyebabkan umpire mengenakan penalti kepada Kyrgios. FOTO EPA
Tindakan merosakkan raket menyebabkan umpire mengenakan penalti kepada Kyrgios. FOTO EPA
Kyrgios memberi raketnya kepada peminat di tepi gelanggang. FOTO EPA
Kyrgios memberi raketnya kepada peminat di tepi gelanggang. FOTO EPA
Agensi

PEMAIN tenis Australia, Nick Kyrgios memang tidak dapat mengubah tabiat antiknya yang mudah naik angin apabila sekali lagi melakukannya pada Kejohanan Terbuka Citi di Washington, semalam.

Kelakuannya itu mengejutkan penonton sebelum menang 6-4, 7-6 ke atas pemain ranking ke-33 dunia dari Perancis, Gilles Simon.

Dianggap sebagai budak nakal tenis, dia menghempaskan raket ke permukaan gelanggang dan enggan berjabat tangan dengan umpire perlawanan, Fergus Murphy.

Rekod ‘merosakkan raket’ dimiliki oleh Kyrgios sememangnya mengatasi mana-mana pemain dalam jelajah perseorangan lelaki.

Kyrgios sebelum ini melepaskan kemarahannya di gelanggang ketika menentang Casper Ruud pada Terbuka Itali, awal tahun ini.

Dia dipersalahkan oleh umpire selepas mencampakkan kerusi dan menyepak botol.

Pada pertarungan menentang Simon, pemain berusia 24 tahun itu berang ketika terbabit dalam perbalahan bola di atas garisan gelanggang.

Dia terus menghempaskan raket ke atas gelanggang, merosakan rangka dan dikenakan satu mata penalti daripada Murphy kerana menyalahgunakan raket.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 Ogos 2019 @ 7:33 PM