Klopp akan cuba menangi Perisai Komuniti. FOTO REUTERS
Klopp akan cuba menangi Perisai Komuniti. FOTO REUTERS
AFP

BOS Liverpool, Jurgen Klopp berkata pertembungan Perisai Komuniti menentang Manchester City, Ahad ini tidak menjejaskan fokus kelab itu untuk memburu gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL).

Dua pasukan terbabit akan bertembung untuk memperbaharui permusuhan mereka menyaksikan City meraih gelaran EPL penuh sengit musim lalu.

Klopp menebus kehampaan itu beberapa minggu kemudian apabila menewaskan Tottenham pada final Liga Juara-Juara (UCL) dan Reds sekali lagi dijangka akan bertarung dengan City untuk kejuaraan utama dalam kempen musim ini.

Kemenangan ke atas skuad Pep Guardiola di Wembley akan memberi lonjakan psikologi kepada Liverpool.

Bagaimanapun, ketiadaan ramai pemain utama seperti Mohamed Salah, Sadio Mane, Roberto Firmino dan penjaga gol, Alisson disebabkan Copa America dan Piala Negara Afrika, Klopp menjejaskan pasukan itu pada saingan pra-musim.

Malah Klopp tidak meraih banyak keputusan memberangsangkan menjelang saingan pembuka tirai musim baru Liga Inggeris.

“Bagi saya, ia tidak mempengaruhi keseluruhan musim,” kata Klopp.

“Ia sekadar perlawanan dan saya hanya ada lapan pemain senior untuk disenaraikan dan kami akan cuba untuk memenanginya.

“Jika kami menang, ia bagus. Tapi adakah ia akan mempengaruhi musim ini? Saya rasa tidak.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 30 Julai 2019 @ 12:38 AM