Verstappen (tengah) bersama trofi dengan Vettel (kiri) dan Kvyat (kanan) di atas podium GP Jerman. FOTO REUTERS
Verstappen (tengah) bersama trofi dengan Vettel (kiri) dan Kvyat (kanan) di atas podium GP Jerman. FOTO REUTERS
Reuters

PEMANDU Red Bull, Max Verstappen memenangi perlumbaan Grand Prix Jerman berlangsung dalam hujan dan huru-hara di litar Hockenheim, malam tadi.

Perlumbaan itu terjejas dengan beberapa kereta terbabas yang memaksa penggunaan kereta keselamatan menyaksikan pemandu Mercedes selaku pendahulu kejuaraan, Lewis Hamilton gagal meraih sebarang mata.

Selepas beberapa kali nasib bertukar, beberapa hentian pit dan drama tidak berkesudahan, pemandu Ferrari, Sebastian Vettel yang bermula daripada petak terakhir menamatkan saingan di tempat kedua di tempat sendiri.

Pemandu Russia, Daniil Kvyat menamatkan saingan di tempat ketiga untuk Toro Rosso.

Pencabar terdekat Hamilton yang juga rakan sepasukan, Valtteri Bottas terkeluar ketika saingan berbaki enam pusingan, menyebabkan dua jurang tidak bertukar dengan 39 mata selepas 11 daripada 21 perlumbaan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 Julai 2019 @ 12:18 AM