Guardiola (kiri) turut melahirkan kebimbangan dirasai oleh Klopp. FOTO fail REUTERS
Guardiola (kiri) turut melahirkan kebimbangan dirasai oleh Klopp. FOTO fail REUTERS
Agensi

PEP Guardiola bimbang kalendar ‘gila’ perlawanan pra-musim akan membunuh pemain bolasepak.

Bintang Manchester City yang beraksi untuk skuad antarabangsa Algeria, Riyad Mahrez baru menamatkan saingan musim ini lima hari lalu!.

Guardiola yang juga bos Etihad berkata dia bimbang keletihan akan menyebabkan kecederaan serius kepada pemain.

Malah dia memberitahu pemain bintangnya tidak perlu kembali daripada bercuti melainkan mereka benar-benar bersedia daripada segi mental dan fizikal.

Kebimbangan Guardiola hadir 24 jam selepas pengendali Liverpool Jurgen Klopp mahukan cuti musim panas lebih panjang untuk melindungi bintang Liga Perdana Inggeris (EPL).

Pep yang berang berkata: “Ia jadual yang gila dan ia akan membunuh pemain kami! Mereka perlu berehat.

“Saya tidak mahu mereka kembali dalam keadaan keletihan atau tidak pulih daripada segi mental selepas melalui musim sukar yang menakjubkan”.

“Kami memulakan musim baru ketika Riyad Mahrez masih belum mengakhiri jadual terakhirnya!”

Beberapa pemain City masih bercuti dan akan terlepas saingan awal musim.

Mahrez berada dalam skuad Algeria memenangi Piala Negara Afrika, minggu lalu.

Beberapa pemain bintang seperti Sergio Aguero, Nicolas Otamendi, Gabriel Jesus, Ederson dan Fernandinho semua mara ke separuh akhir dan final Copa America.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 Julai 2019 @ 6:05 PM