Unai (kanan) mahu mendapatkan Zaha. FOTO REUTERS
Unai (kanan) mahu mendapatkan Zaha. FOTO REUTERS
Agensi

BOS Gunners, Unai Emery akan meminta Arsenal ‘memecahkan bank’ bagi mendapatkan Wilfried Zaha.

Emery hanya memiliki bajet terhad untuk perpindahan pemain sebanyak £45 juta (RM238j) selepas skuad gagal mara ke peringkat Liga Juara-Juara (UCL).

Dia bagaimanapun akan meminta lebih banyak wang tunai bagi mendapatkan penyerang berusia 26 tahun terbabit dalam usaha membentuk semula kekuatan skuadnya menghadapi musim baru Liga Perdana Inggeris (EPL).

Zaha, penyerang Crystal Palace adalah peminat Arsenal sejak zaman kanak-kanak dianggarkan bernilai sekitar £55j (RM291j).

Dia mempamer prestasi konsisten dalam saingan EPL sejak menyertai Palace semula lima tahun lalu.

Emery berkemungkinan terpaksa meningkatkan kewangan tambahan dengan menjual pemain sampingan serta memujuk pemain itu beraksi dalam Liga Europa (UEL) dan bersaing untuk kembali ke UCL.

Zaha mengakui mahu menguji dirinya beraksi pada tahap tertinggi tetapi Arsenal memerlukan platform untuk memastikan mereka dapat kembali menyertai kelab elit.

Arsenal sebelum ini kehilangan Aaron Ramsey secara percuma ke Juventus.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 Jun 2019 @ 3:10 PM