Mata kekal di Old Trafford untuk dua musim lagi. FOTO REUTERS
Mata kekal di Old Trafford untuk dua musim lagi. FOTO REUTERS
Agensi

JUAN mata sanggup gajinya dipotong untuk kekal di Manchester United.

Pemain Sepanyol berusia 31 tahun itu bersetuju gajinya dipotong sebanyak 25 peratus dari £180,000 (RM951,000) kepada £135,000 (RM713,000) seminggu untuk memastikan kontrak dua tahun berbanding setahun.

Sumber memberitahu: “Juan suka bermain di United dan gembira berada di Manchester.

“Dia bimbang terpaksa berpindah kerana tidak mahu hanya menandatangani selama 12 bulan. Bagaimanapun, penasihatnya dan kelab itu akhirnya mencapai persetujuan rundingan itu.”

Mata mengikat kontrak bersama United selepas meninggalkan Chelsea pada 2014 dengan nilai perpindahan sebanyak £37.1 juta (RM196j).

United juga sedia berunding kontrak selama 12 bulan untuk Marcus Rashford.

Malah, kelab itu turut mengesahkan kehadiran semula Richard Hartis yang menjadi sebahagian daripada skuad Sir Alex Ferguson menjulang gelaran Liga Juara-Juara (UCL) 2008 sebagai jurulatih kanan penjaga gol.

Ole Gunnar Solskjaer memanggil semula jurulatih daripada skuad remaja England itu ketika dia terus melakukan rombakan besar-besaran di Old Trafford.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 Jun 2019 @ 6:47 PM